13 Oktober 2022 – Presiden PAS Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa partinya akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRU ke 15 akan datang.
Abdul Hadi turut berkata bahawa PAS tidak akan membubarkan DUN di negeri-negeri yang ditadbir oleh partinya.
“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, 13 Oktober 2022, telah membuat keputusan berikut iaitu memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional untuk menghadapi PRU15, atas prinsip penyatuan ummah.
Memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan Perikatan Nasional.
Senarai calon daripada Negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama.
Mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment