KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2022 – Isu kesihatan mental tidak lagi asing di kalangan masyarakat dan wajar diberikan perhatian sepenuhnya. Topik kesihatan mental telah menjadi satu isu umum yang melanda rakyat Malaysia sebelum kewujudan COVID-19, dan kini semakin berleluasa semakin kita menginjak ke fasa endemik. Tanggapan masyarakat dan stigma negatif adalah cabaran utama bagi mendepani isu kesihatan mental di Malaysia pada hari ini.
Selaras dengan Bulan Kesihatan Mental Sedunia yang berlangsung sepanjang bulan Oktober, Suria KLCC dengan kerjasama The Body Shop menjemput masyarakat untuk bersama-sama menjadi tunjang perubahan stigmatasi isu kesihatan mental sepanjang tempoh kempen yang akan berlangsung selama sebulan. Kempen yang memperkenalkan tagline #YouMatter bermula dari 10 Oktober sehingga 10 November 2022.
Berikutan dengan kejayaan kempen kesedaran kesihatan mental tahun lalu, Suria KLCC sekali lagi berganding bahu bersama Green Ribbon Group, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperkasa pendekatan kesihatan mental terhadap komuniti. Persatuan Kesedaran & Sokongan Kesihatan Mental (MIASA) turut memberi sokongan dalam menjayakan kempen ini.
Kempen #YouMatter mengetengahkan kehalusan karya seni oleh artis belia yang mempunyai pengalaman penyakit mental dipaparkan di pintu masuk Park Mall dari 3 Oktober sehingga 10 November 2022. Galeri Seni Negara melalui “Young Art Entrepreneurs” program menekankan bahawa karya seni yang dipaparkan merupakan simbol perjuangan peribadi yang dihadapi oleh artis- artis belia yang terlibat dengan isu kesihatan mental.
Safe Space @ Suria KLCC
Dilihat sebagai satu-satunya Pusat Beli-Belah di Malaysia yang mendukung kempen kesedaran kesihatan mental, pelancaran “Safe Space @ Suria KLCC” ini adalah untuk membantu mewujudkan suasana selamat dan harmoni bagi kegunaan komuniti. Ruang “Safe Space @ Suria KLCC” ini di reka khas untuk masyarakat bersepakat dalam membincangkan isu atau permasalahan kesihatan mental.
“Safe Space @ Suria KLCC” menerima sambutan pengunjung yang menggalakkan pada tahun lalu. Sejajar dengan nilai sifar diskriminasi yang di titik beratkan dalam penilaian isu kesihatan mental, kempen kesedaran bagi tahun ini dilihat lebih mendalam dan menyeluruh. #YouMatter adalah titik panduan untuk komuniti memberi sinar akan permasalahan kesihatan mental yang lebih sinonim dikalangan belia pada hari ini.
Bertempat di aras satu Ampang Mall, Safe Space @ Suria KLCC mengalu-alukan kehadiran pengunjung sepanjang tempoh kempen ini berlangsung. Safe Space @ Suria KLCC yang akan dibuka setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel kesihatan, ceramah dan diskusi dari panel professional kesihatan mental. Para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu kesihatan mental daripada sukarelawan yang juga akan ditempatkan di Safe Space @ Suria KLCC.
“Dua tahun lalu merupakan tahun yang amat mencabar dan menguji ketabahan untuk semua. Susulan dari tempoh pandemik, saat ini sememangnya dilihat sebagai masa yang tepat untuk berhubung dan fokus dengan fasa pemulihan. Pendekatan kesihatan mental adalah usaha tanggungjawab sosial korporat yang dilihat sebagai usaha jangka masa panjang yang bersifat terbuka untuk perbincangan lanjut oleh Kumpulan Suria KLCC. Kepelbagaian aktiviti dan intipati yang terdapat di Safe Space @ Suria KLCC merupakan hasil usaha sama pakar dan professional kesihatan mental.
“Safe Space @ Suria KLCC adalah ruang yang mengalu-alukan komuniti untuk berinteraksi, berkongsi dan menghayati kesedaran kesihatan mental. Kami ingin memastikan setiap pengunjung yang berkunjung ke laman Safe Space @ Suria KLCC akan pulang dengan informasi yang lebih mendalam tentang keadaan diri mereka dan juga perasaan yang lebih tenang yang mana sedikit sebanyak dapat membantu memberi cetusan keyakinan kedalam diri mereka,” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Turut mengulas dengan penuh iltizam, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan AlSultan Abdullah berkata, “Usaha seperti Safe Space perlu berterusan bukan sahaja untuk mengetengahkan sokongan kepada mereka yang mengalami kesihatan mental, tetapi untuk memastikan kesedaran akan komitmen kami yang ingin terus berkhidmat dalam pendekatan kesihatan mental ini. Fokus kesihatan mental terhadap golongan belia pada tahun ini dilihat sejajar dengan haluan Green Ribbon Group. Kami amat berbangga dengan kesempatan untuk menggerakkan pelbagai program yang fokus dengan tahap pemahaman kesihatan mental yang tinggi, cara pengurusan diri dan program sokongan rakan sebaya untuk remaja di peringkat sekolah menengah dan belia diperingkat universiti.
“MIASA adalah medium pertama semasa saya mengorak langkah advokasi dalam isu kesihatan mental. Kami amat berbesar hati untuk sekali lagi berkolaborasi bersama Suria KLCC dan juga The Body Shop yang telah berusaha membangunkan Safe Space. Kesihatan mental tidak mengenal sempadan. Dengan kerjasama, kita boleh mencapai muafakat,” tambah beliau.
Pengasas dan Presiden MIASA, Anita Abu Bakar berkata, “Menitikberatkan keadaan masyarakat sekeliling adalah tanggungjawab bersama dan bukan perlu digalas oleh sektor kesihatan sahaja. Adalah wajar untuk kita mengambil kira kesihatan mental masyarakat sekililing dan lebih mengentengahkan sokongan yang berbentuk persefahaman komuniti, agar ini sedikit sebanyak dapat meringkan beban pekerja kesihatan dan menjadi tanggungjawab bersama sebagai satu kelompok yang harmoni. Melalui usaha seperti ini, kami berharap agar respon dari serata komuniti seiring dengan tahap cabaran isu kesihatan mental itu sendiri.”
“Kolaborasi bersama Safe Space ini adalah simbol akan bagaimana usaha kolektif mampu memberi impak besar yang menggalakan aksi giat di kalangan komuniti. MIASA amat berbangga untuk bekerjasama dalam inisiatif ini dan amat mengalukan kehadiran masyarakat, terutamanya warga belia untuk merasai pengalaman di Safe Space @ Suria KLCC”
Pengarah Urusan The Body Shop Malaysia, Datin Mina Cheah berkata, “Di The Body Shop, kami percaya bahawa suara belia penting dan mereka harus dilihat dan didengari. Semasa kami melangkah ke bulan Kesihatan Mental Sedunia, adalah penting untuk mewujudkan kesedaran tentang kesihatan mental dan kesejahteraan, terutamanya untuk golongan muda. Menubuhkan Safe Space ini bersama Suria KLCC, MIASA dan Green Ribbon Group ialah cara kami memperjuangkan belia kami melalui mempromosi dan melindungi nilai kesihatan mental. Golongan muda dengan tenaga dan cita-cita muda mereka adalah perubahan yang diperlukan dunia hari ini.
“Belia adalah tunjang harapan negara dewasa ini. Mendepani stigma negatif, pembinaan sahsiah diri dan memperkasaan harga diri adalah bentuk kerjasama komuniti yang diperlukan bagi membantu para belia mencapai tahap potensi diri yang berperanan sebagai harapan nusa dan bangsa,” tambah beliau.
Suria KLCC juga telah bersetuju untuk memberi sokongan kepada Badan Bukan Kerajaan dalam mendorong kesedaran kesihatan mental melalui bantuan kewangan melalui penjualan Suria Ribbon Pin semasa kempen perayaan. Kutipan yang berjumlah lebih RM20,000 telah berjaya di kutip dan disumbangkan kepada badan badan bukan kerajaan yang membawa mesej kesihatan mental seperti Befrienders KL dan juga Persatuan Kesihatan Mental Malaysia. Ini adalah inisiatif berterusan dan Suria Ribbon Pin boleh dibeli melalui kaunter pertanyaan dengan jumlah RM10.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment