Home Pendapat Malaysia perlu bersedia hadapi cabaran ekonomi 2023
PendapatPolitik

Malaysia perlu bersedia hadapi cabaran ekonomi 2023

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi dunia tahun 2023 pada kadar 2.9 peratus, berbanding 3.8 peratus dalam unjuran awal yang dibuat pada Januari 2022.

Ini menunjukkan persekitaran ekonomi dunia pada tahun 2023 dijangka berada dalam keadaan yang tidak menentu dan mencabar disebabkan pelbagai faktor. Malaysia tidak terkecuali daripada terkena tempias daripada persekitaran ekonomi global yang mencabar ini.

Sudah sampai masanya negara melakukan perubahan ketara bagi memacu kembali ekonomi yang lebih baik. Sebuah kerajaan yang kuat dan stabil yang mendapat sokongan dan mandat yang padu daripada rakyat perlu dibentuk bagi menghadapi cabaran yang getir ini.

Bersesuaian dengan Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, tawaran pakej rangsangan dan bantuan kepada rakyat bagi menghadapai cabaran pada tahun hadapan, ianya hanya dapat direalisasikan dengan mandat baharu dan suasana politik yang stabil.

Justeru, saya menyambut baik pembubaran Dewan Rakyat yang dibuat oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menyediakan negara ke arah kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan sekaligus mensejahterakan rakyat berbilang kaum dan agama.

Dr. Noraini Ahmad
Ketua Wanita UMNO Malaysia

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

EkonomiMY LNAPendapat

MPC adil, namun BNM perlu pergiat usaha penerangan

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Kenaikan kadar dasar semalaman atau OPR...

EkonomiMY LNAPendapat

Hati-hati isu semasa dijadikan polemik menjelang PRN

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin  Semenjak pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate – OPR)...

MY LNAPendapat

Berhati-hati mencipta kandungan

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Apabila berlaku perkembangan teknologi yang...