AMJenayahPengguna @ My LNA

KPDNHEP tumpaskan aktiviti seleweng diesel di Selangor

117

PUTRAJAYA, 12 Oktober 2022 – Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi telah berjaya ditumpas dalam serbuan yang dilakukan ke atas sebuah premis tanpa nombor beralamat di Taman Industri Selesa Jaya, Selangor yang disyaki dijadikan tempat melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel bersubsidi dan stor penyimpanan minyak diesel tanpa kebenaran pada minggu lepas.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, serbuan yang telah dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDNHEP Putrajaya pada jam 3.00 petang itu hasil daripada risikan yang telah dilakukan beberapa hari sebelum serbuan itu.

Katanya, semasa pemeriksaan, seorang lelaki warga tempatan lingkungan 30 an bersama seorang lelaki bukan warga tempatan yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dianggarkan berjumlah 9,000-liter bersama beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti terbabit. Premis juga telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada KPDNHEP berhubung berurusan dengan barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sehubungan dengan itu, pasukan serbuan telah bertindak dengan menyita sejumlah 9,000-liter minyak diesel, sebuah lori, peralatan penyambungan dan beberapa dokumen perniagaan yang berkaitan. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 99,350.00.

Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut terhadap kes ini akan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenalpasti punca bekalan minyak diesel diperolehi dan diedarkan termasuklah mendakwa pihak yang terlibat ke Mahkamah.” kata Azman.

Tambah Azman, mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh di ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM 1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta).

“Selain itu, siasatan juga akan dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat pelucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewegan berkaitan minyak diesel.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...