Ekonomi @ My LNAPolitik @ My LNA

BAJET 2023 : Pemulihan dan kelangsungan ekonomi negara dan seluruh rakyat

84

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2022 – Bajet 2023 diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pemulihan dan kelangsungan ekonomi negara serta manfaat kepada seluruh lapisan rakyat.
 
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, Bajet 2023 juga mencerminkan kerajaan Keluarga Malaysia prihatin rakyat.
 
“Saya sebagai rakyat dan pemimpin muda, mengucapkan jutaan terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kementerian Kewangan atas pengumuman pelbagai peruntukan melalui pelbagai kementerian untuk pelbagai lapisan masyarakat Keluarga Malaysia”, katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
 
Tambah beliau, Bajet 2023 memberi manfaat dari peringkat anak baru lahir hinggalah murid sekolah, ibu bapa, mahasiswa, penjawat awam, orang tua, wanita, peniaga, golongan bujang, individu berpendapatan tinggi dan juga syarikat korporat.
 
Bagi Muqharabbin, cabaran terbesar Bajet 2023 adalah sistem penyampaiannya oleh pihak pelaksana iaitu kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

“Saya mengharapkan Bajet 2023 dapat disalurkan dengan cekap, mudah dan tidak menyusahkan penerima tanpa kerenah birokrasi yang rumit.

Di pihak pelaksana yang diberi tanggungjawab perlu mengambil serius agar semua pihak yang berkepentingan yang disebut dalam Bajet 2023 itu mendapat manfaat sepenuhnya tanpa tertinggal”.
 
Beliau yakin Bajet 2023 mendapat reaksi positif daripada rakyat yang pastinya akan berterima kasih kepada kerajaan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...