AMEkonomi @ My LNA

BAJET 2023 : Peruntukan RM100 juta untuk program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM)

269

8 Oktober 2022 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik Bajet 2023 seperti yang dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, biarpun KPDNHEP telah mengemukakan peruntukan yang lebih bagi tahun 2023 kepada Kementerian Kewangan, Kementerian memahami kekangan ekonomi negara yang mengehadkan peruntukan bagi membolehkan inisiatifinisiatif lain untuk Keluarga Malaysia dapat diseimbangkan dan dilaksanakan dengan jayanya.

“Bajet 2023 akan dipandu dengan enjin 3R iaitu Responsive, Responsible, Reformist atau responsif, bertanggungjawab, reformis dalam memenuhi keperluan rakyat dan perniagaan di samping terus memacu pertumbuhan sosioekonomi yang mampan. Bajet 2023 memberi fokus kepada empat teras utama iaitu rakyat, perniagaan, ekonomi dan kerajaan.

Selari dengan itu, KPDNHEP akan bersama Kerajaan merancang program dan inisiatif yang perlu bagi melaksanakan semua strategi yang wajar dan memanfaatkan bajet yang diperuntukkan sebaik-baiknya demi meningkatkan ekosistem perdagangan dalam negeri supaya terus berdayasaing dan berdaya-maju. Ini juga didukung oleh peniaga beretika di samping meningkatkan pendayaupayaan pengguna dan melindungi hak-hak mereka yang bersedia menghadapi kejutan serta cabaran masa hadapan.

Salah satu fokus utama kementerian ini ialah untuk memastikan rakyat dapat mengharungi hidup dengan bekalan barangan yang stabil dan harga yang munasabah serta boleh dijangkau oleh majoriti rakyat Malaysia terutama golongan B40. KPDNHEP bersyukur atas keprihatinan Kerajaan dan Kementerian Kewangan Malaysia atas peruntukan sebanyak RM55 bilion khusus dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif yang bertujuan untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup melalui kawalan harga barangan dan perkhidmatan.” kata Alexander.

Menurutnya lagi, kejayaan pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dalam mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat disebabkan inflasi sejak Disember 2021 kini diteruskan melalui peruntukan RM100 juta untuk program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) yang akan diterajui oleh Lima (5) Kementerian peneraju serta dijalankan di 600 DUN dan 13 parlimen di Wilayah Persekutuan dengan kekerapan dua kali sebulan.

“Satu lagi inisiatif bersifat rakyat-centric yang telah dilaksanakan sejak 2009 juga diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk Program Penyeragaman Harga khususnya bagi menampung kos pengangkutan dan kos pengedaran barang keperluan asas. Ini bagi memastikan rakyat di kawasan pendalaman dan pulau-pulau menikmati harga yang sama dengan sahabat-sahabat mereka di bandar bagi barangan seperti beras, minyak masak, gas LPG, petrol dan diesel. Manfaat program ini akan diperluaskan ke dua puluh tiga (23) kawasan baharu termasuk di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan juga berusaha untuk mempromosi barangan Malaysia dan meningkatkan ekonomi pengusaha tempatan dengan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk KPDNHEP memperhebatkan Kempen Beli Barangan Malaysia. Kerajaan juga akan memperkasa usahawan francais di bawah program pembangunan kapasiti vendor 2.0 melalui geran penyelidikan dan pengkomersialan vendor 2.0 dengan peruntukan RM15 juta.

Kerajaan akan melaksanakan pembaharuan komprehensif bagi menangani ketirisan subsidi barangan keperluan. Antara tumpuan utama adalah untuk memastikan petrol dan diesel bersubsidi dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia dan bukannya warga serta kenderaan asing dan tidak diseludup ke luar negara atau disalahguna. Langkah yang sama akan diambil bagi memastikan minyak masak dan LPG bersubsidi sampai ke isi rumah miskin dan kuotanya tidak disalahguna oleh peniaga.” kata Alexander.

Katanya lagi, KPDNHEP juga mengalu-alukan langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam membasmi penipuan dalam talian atau online scam. Salah satu langkah tersebut adalah dengan penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang melibatkan usahasama PDRM, BNM, MCMC serta NFCC dan akan bekerjasama dengan institusi kewangan.

“Pusat ini akan mula beroperasi bulan ini dan akan menjadi onestop centre dengan kepakaran dan sistem forensik siber dalam menerima aduan, memproses dan menjejaki serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap scammers.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...