AMKesihatan @ My LNA

Tiada pihak boleh mengaku sebagai pakar perubatan jika nama tiada dalam Daftar Perubatan MPM

213

28 September 2022 – Presiden Majlis Perubatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata bahawa seseorang berhak untuk didaftarkan dan mengamal sebagai pakar dalam sesuatu bidang kepakaran di dalam Daftar Perubatan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) sekiranya memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Seksyen 14B Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

Kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu dalam satu kenyataan hari ini, syarat utama pendaftaran sebagai seorang pakar adalah pengamal tersebut perlu berdaftar penuh dengan MPM, mempunyai kelayakan kepakaran yang diiktiraf, menghadiri latihan kepakaran dalam bidang kepakaran di institusi yang diiktiraf, dan membuktikan bahawa dia adalah layak dan mempunyai akhlak yang baik.

“Kesemua pendaftaran pakar perlu menjalani penilaian oleh jawatankuasa khas MPM yang akan meneliti kesemua syarat-syarat di atas sebelum seseorang pengamal diperakui sebagai pakar perubatan dan dapat mengamal di negara ini.

Sehubungan itu, tiada mana-mana orang atau pihak yang boleh memperakukan diri mereka dan mengamal sebagai seorang pakar perubatan dalam sesuatu bidang jika nama mereka tidak berada di dalam Daftar Perubatan MPM.

Bagi tujuan verifikasi atau penyemakan status pendaftaran seorang pengamal perubatan yang berdaftar dengan MPM, sama ada pengamal tersebut adalah seorang doktor perubatan atau pakar perubatan, semakan boleh dibuat melalui laman web MPM iaitu www.mmc.gov.my  di bawah pautan Search Medical Register dan National Specialist Register. Tujuan MPM menyediakan kemudahan dalam talian ini adalah bagi membantu orang awam dalam memilih hanya pengamal perubatan dan pakar perubatan yang bertauliah sahaja memberi perkhidmatan kesihatan dan rawatan perubatan di negara ini, termasuk dalam hal rujukan perkara berkaitan perubatan dan kesihatan awam.” kata Dr Noor Hisham.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terkeliru atau terpedaya dengan dakwaan mana-mana pihak yang mengaku diri mereka sebagai seorang pengamal perubatan atau pakar perubatan berdaftar di Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...