AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang – KJ

176

28 September 2022 – Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa berkuat kuasa serta merta mulai hari ini, pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang. Keputusan tersebut dibuat adalah berdasarkan penilaian situasi semasa COVID-19 serta mengambil kira keperluan terkini.

Katanya bagaimanapun, pemakaian pelitup muka amat digalakkan untuk terus diamalkan bagi kumpulan individu yang berikut:

  1. Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
  2. Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik,
    individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung; dan
  3. Individu yang mengembara bersama orang yang berisiko tinggi seperti
    warga emas dan kanak-kanak.

“Keputusan yang dibuat ini adalah menggunakan pendekataan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang dan beban kes COVID-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini iaitu ppPengudaraan yang baik dalam kabin dan penggunaan penapis high-efficiency particulate absorbing (HEPA) untuk mengeluarkan bahan cemar bawaan udara, susunan tempat duduk ke hadapan dan kekerapan penjadualan disinfeksi kapal terbang.

Selain itu, kelonggaran ini juga adalah selaras dengan syor kesihatan daripada negara-negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura.” kata Khairy,

Namun beliau menambah, keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...