Home AM Harga runcit petrol RON97 turun lagi, RON95 dan Diesel kekal
AMEkonomiPengguna

Harga runcit petrol RON97 turun lagi, RON95 dan Diesel kekal

28 September 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh  29 September 2022 hingga 5 Oktober 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter daripada RM4.05 kepada RM4.00 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBeliaMY LNA

PRESIDEN ABIM HADIRI SIRI DIALOG YANG MENAMPILKAN BILAL ERDOĞAN DARI TÜRKIYE

6 DISEMBER 2022: – Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal...

AMEkonomiMY LNA

GCET ERATKAN HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2022 – “Dalam tahun 2021 sebanyak 43 projek...

AMBeliaMY LNA

Airasia Academy Rai Graduan Tamat Pengajian 2022

SEPANG, 6 Disember 2022 – airasia academy memberikan penghormatan kepada para graduan...

AMCOVID-19Kesihatan

Kes sembuh sebanyak 1,675.

7 DISEMBER 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...