21 September 2022 – Pakatan Harapan (PH) Johor memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Pulai merangkap ADUN Simpang Jeram – Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Pengerusi PH Johor. Ia diputuskan dalam mesyuarat baru-baru ini yang diadakan bagi memperkemas struktur kepimpinan Pakatan Harapan negeri khususnya selepas Parti Keadilan Rakyat menyempurnakan Kongres Tahunan Pemilihan Parti.
“YB Datuk Seri Salahuddin Ayub akan dibantu oleh 3 orang Timbalan Pengerusi yang terdiri daripada Tuan Hj Aminolhuda Bin Hassan, Yb Syed Ibrahim Syed Noh dan Sdr YB Liew Chin Tong.
Jawatan Setiausaha telah diamanahkan kepada Sdr Faizul Bin Salleh dari parti Amanah, Bendahari Sdr. Gopalakrishnan Subramanian dari Keadilan dan Ketua Penerangan Sdr Sheikh Umar Bagharib Bin Ali dari DAP.” kata PH Johor dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya jentera parti turut bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan Pilihan Raya Umum yang boleh diadakan pada bila-bila masa sepertimana desakkan pemimpin UMNO terhadap Perdana Menteri dari partinya sendiri.
- Promoting Hong Kong as a Regional Philanthropic Hub through Co-Creation
- Bersih Congress to Set Direction Leading Up to the 16th General Election
- MasterBuilde Launches Upgraded Renovation and Maintenance Service Matching Platform for Chinese in the UK
- Prince Holding Group Triumphs with Platinum at the 2024 Global CSR & ESG Awards
- Unleashing Growth: DIFC Emerges as Premier Global Hub for Family Businesses
Leave a comment