AM

Seramai 1,181 terima Dana Pemfailan Harta Intelek

131

PUTRAJAYA, 13 September 2022 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menyampaikan Dana Pemfailan Harta Intelek kepada lima (5) orang penerima yang mewakili 1,181 penerima dengan jumlah geran bernilai RM 428,697.00.

Menurut Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan media hari ini, Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 merupakan geran pembiayaan pemfailan harta intelek berjumlah RM4 juta bagi tempoh empat tahun, di mana RM1 juta diperuntukkan setiap tahun yang bermula pada tahun ini hingga 2025 di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

“Kementerian menyeru supaya lebih ramai usahawan tampil memanfaatkan tawaran Dana Pemfailan Harta Intelek ini bagi memperolehi hak eksklusif ke atas jenama, reka cipta, reka bentuk, dan karya yang mereka cipta dan miliki. Usahawan juga perlu memastikan harta intelek yang didaftarkan dieksploitasikan seoptimum mungkin agar dapat menjana pulangan yang maksimum terhadap pelaburan yang telah dibuat.” kata Alenxander.

Dalam pada itu, selari dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November depan, beliau telah mengarahkan bahagian-bahagian berkenaan dan Pejabat KPDNHEP Negeri untuk bersiap sedia dalam memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi terutama di negeri-negeri yang dijangka terjejas tanpa memberi kesan yang tinggi terhadap harga barang-barang keperluan tersebut.

“Pegawai-pegawai akan memaklumkan kepada saya strategi yang akan diambil samada dari segi peningkatan stok mahupun perancangan logistik pengedaran ke negeri-negeri tersebut.

Di masa yang sama, saya telah mengarahkan Sekretariat Food Bank Malaysia dan Rakan-Rakan Strategiknya untuk meningkatkan pengumpulan bahan-bahan makanan kering dan makanan bermasak yang telah diproses melalui teknologi retort untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan yang terjejas dengan musim tengkujuh akan datang” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...