AMPendidikan @ My LNA

YPM salurkan bantuan persekolahan sebanyak RM23,700, manfaatkan 237 pelajar B40 di Sarawak

257

KOTA SAMARAHAN, 13 September 2022 – Seramai 237 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar daerah Simunjan dan Samarahan menerima bantuan persekolahan berjumlah sebanyak RM23,700 yang diberikan oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) hari ini. Sumbangan bantuan persekolahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi YPM, Dato’ Mohd Razman Yaacob dalam Program Penyerahan Bantuan Persekolahan YPM.

Ia disampaikan kepada para pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Beliong, Sekolah Kebangsaan (SK) Sebuyau Esengei, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hajah Laila Taib dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chuang Hua Beliong di SK Sebuyau Esengei, Simunjan.

Menurut Mohd Razman, bantuan persekolahan berbentuk wang tunai bernilai RM100 bagi setiap pelajar itu diharapkan dapat membantu mereka terutamanya di kalangan keluarga B40 bagi meringankan beban kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan kelak.

“Sumbangan bantuan persekolahan yang disalurkan kepada pelajar memerlukan ini juga diharap dapat menyuntik semangat mereka untuk terus cemerlang dalam pembelajaran dan berjaya pada masa hadapan.

YPM sentiasa komited untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan golongan B40 supaya tidak terpinggir dalam arus pendidikan yang semakin moden dan mencabar pada masa kini.” kata beliau.

YPM telah melaksanakan bantuan persekolahan di seluruh negara sepanjang tahun 2021 melibatkan seramai 56,798 pelajar menerima manfaat dengan nilai sumbangan sebanyak RM3,814,938. Bagi tahun ini sehingga kini, nilai sumbangan sebanyak RM1,449,089.80 memanfaatkan seramai 14,415 pelajar.

Manakala untuk penerima manfaat keseluruhan negeri Sarawak bagi tahun ini adalah seramai 401 pelajar dengan nilai sumbangan sebanyak RM50,500.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...