PUNCAK ALAM 31 Ogos 2022 – Kelab Bersekutu 2 Roda (KB2R) telah mengadakan acara Merdeka Ride sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2022. Konvoi motorsikal ini telah mengelilingi bandar Puncak Alam dan sekitarnya bermula dari 2 petang sehingga 4 petang. Konvoi motorsikal berkuasa tinggi ini di sertai seramai 100 orang bikers, terdiri daripada ahli-ahli kelab permotoran gabungan KB2R dari seluruh Malaysia.
Turut serta, 50 orang bikers (motorsikal kapcai) wakil penduduk sekitar bandar Puncak Alam. Konvoi kali Ini telah diketuai oleh YBhg Tan Sri Rozali Ismail selaku Penaung KB2R. Konvoi ini menunjukkan sokongan terhadap kelab motorsikal tersebut dan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.
Matlamat konvoi ini adalah untuk menghargai dan meraikan Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini, sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli Kelab bersama penduduk Bandar Puncak Alam.
Hari ini juga, kempen keselamatan jalan raya kepada penunggang motorsikal berkuasa tinggi melalui Program Ride Bersekutu Vol. 5 2022 (RBV52022) dilancarkan. RBV52022 dianjurkan bersama oleh KB2R, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JP)).
- Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat
- COVID-19 : KKM tingkatkan langkah kesiapsiagaan susulan peningkatan jumlah kes di Singapura
- Arrest Surge of Violent Hate Crimes in Malaysia: A 5 Point National Security Imperative
- Hagens Berman Expands Class Period in Class Action Against Plug Power (PLUG) – PLUG Investors with Substantial Losses Encouraged to Contact Firm by May 21, 2024 Deadline
- KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan
Leave a comment