Ekonomi @ My LNA

OctaFX: 10 petua untuk menjadi bebas kewangan Hari Kemerdekaan ini

128

OctaFX menyediakan sepuluh petua untuk menyimpan dan meningkatkan modal anda menjelang Hari Kemerdekaan.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – 30 Ogos 2022 – Apakah yang dimaksudkan dengan mempunyai kebebasan kewangan? Ia bukan sahaja tentang keupayaan untuk membayar bil, barangan runcit, perumahan, dan penjagaan kesihatan—perbelanjaan asas hidup. Kebebasan kewangan juga adalah mengenai menabung wang, tidak kerugian wang akibat inflasi dan perbelanjaan yang tidak perlu, dan meningkatkan modal anda dalam jangka masa panjang. Sistem kewangan peribadi anda perlu mapan—ia mestilah dapat membiayai anda walaupun sekiranya aliran pendapatan utama anda berkurang atau hilang sepenuhnya.

Pada Hari Kemerdekaan ini, OctaFX berkongsi sepuluh petua paling penting untuk mencapai kebebasan kewangan. Sila ingat bahawa petua ini hanya akan berfungsi jika anda menerapkan tabiat untuk melakukannya. Ia memakan masa dan usaha, namun ia berbaloi.

1. Jejaki perbelanjaan anda

Mulakan dengan belajar mengenai aliran masuk dan keluar kewangan anda. Mungkin sukar untuk mengingati pembelian harian anda atau mencatatnya pada kertas, jadi jika aplikasi perbankan anda tidak melakukannya secara automatik, pasang salah satu aplikasi penjejak perbelanjaan.

2. Rangka bajet yang realistik

Seterusnya, rangka bajet yang realistik yang sesuai dengan gaya hidup anda. Ini bukan sekadar untuk mengurangkan perbelanjaan: jika anda sudah terbiasa membeli kopi setiap pagi, menyingkirkannya dari bajet anda adalah sesuatu yang tidak efektif. Sebaliknya, cuba merancang lebih awal apa yang anda ingin belanjakan dengan wang anda.

3. Cipta dana kecemasan

Mencipta dana kecemasan akan membantu anda menghadapi keadaan yang tidak dijangka tanpa meminjam wang dengan faedah atau menjual barang anda untuk mengatasi situasi tersebut dengan segera. Menyimpan 1 USD setiap hari akan memberikan anda 30 USD atau lebih dalam akaun anda pada hujung bulan.

4. Bayar bil anda tepat pada masanya

Menjejak bil bulanan anda sebenarnya adalah sebahagian daripada rancangan bajet anda. Membayar bil anda tepat pada masanya adalah cara yang mudah untuk menguruskan perbelanjaan anda dan mengelakkan sebarang bayaran tambahan.

5. Singkirkan bayaran berulang yang tidak perlu

Jika anda pernah mendaftar untuk percubaan percuma kepada perkhidmatan penstriman, anda mungkin mempunyai bayaran berulang yang telah anda lupakan. Semak penyata kad kredit anda dan pastikan anda tidak membayar sesuatu yang anda tidak perlukan. Berhenti melanggan dan asingkan wang anda untuk dana kecemasan anda!

6. Bayar tunai untuk barang yang mahal (kebanyakan daripadanya)

Pinjaman membantu anda dengan pembelian utama kehidupan seperti rumah atau kereta. Untuk pembelian besar lain, contohnya TV 65″, wang tunai kebiasaannya merupakan cara terbaik untuk digunakan kerana ia menyelamatkan anda daripada bayaran faedah bulanan yang perlu dibayar.

7. Gunakan kad kredit dengan bijak

Kebanyakan kad kredit yang wujud hari ini disertakan dengan bayaran tahunan percuma, dan tawaran promosi yang kadangkala bermanfaat. Walau bagaimanapun, sila pastikan bahawa pembayaran semula anda tepat pada masanya, gunakan had kad kredit anda untuk situasi yang sukar sahaja, dan bayar semula pembelian dalam masa sebulan bagi mengelakkan bayaran tambahan.

8. Pelbagaikan simpanan anda

Untuk melindungi simpanan anda daripada inflasi dan faktor pasaran negatif yang lain, cuba pelbagaikannya dengan mata wang, logam berbeza, dan pendapatan hartanah (diperoleh daripada menyewakan hartanah) yang berbeza. Ini akan menjadikan portfolio anda lebih berdaya tahan.

9. Mula menabung untuk persaraan

Tidak mengira usia anda, mula menabung untuk usia tua—lebih muda usia anda, lebih banyak yang anda akan dapat. Sediakan dapat berasingan atau deposit xx untuk memastikan anda tidak menggunakan dana untuk tujuan yang lain selain daripada simpanan.

10. Cipta strategi pelaburan

Pilih dengan bijak. Terdapat banyak bentuk pelaburan: sesetengahnya lebih mudah untuk diakses, manakala yang lain adalah lebih rumit. Walau bagaimanapun, sumbangan kecil kepada pelaburan anda juga merupakan satu potensi untuk tambahan pendapatan dan kebebasan kewangan.

Perlu ditekankan sekali lagi: petua di atas akan membantu anda mencipta sistem kewangan peribadi yang lebih bebas hanya jika anda berpegang kepadanya setiap hari. Bersikap berdikari bukanlah suatu hobi—ia merupakan satu gaya hidup.

Selamat Hari Merdeka!

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...