AMEkonomi @ My LNA

Harga siling minyak masak tulen kemasan botol lima kg meliputi Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan

254

PUTRAJAYA 2 Ogos 2022 -Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa harga siling minyak masak tulen kemasan botol lima kilogram (kg) akan ditetapkan pada harga RM34.70 di peringkat runcit di seluruh negara meliputi Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa 8 Ogos ini.

Katanya dalam satu kenyataan media hari ini, keputusan yang dicapai menerusi mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi (PKJTI), semalam antara lain menyaksikan mekanisme penetapan harga siling minyak masak botol tidak bersubsidi ditentukan secara bulanan untuk seluruh Malaysia termasuk Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan mengikut harga purata minyak sawit mentah (CPO) bagi satu tan metrik di pasaran dunia pada bulan sebelumnya.

“Harga purata bulanan minyak sawit mentah (CPO) akan ditentukan oleh Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi pada setiap 1hb tiap bulan diikuti dengan pengumuman harga siling minyak masak tulen kemasan botol bagi bulan tersebut yang akan berkuat kuasa pada setiap 8hb. sehingga 7hb. bulan berikutnya.

Berdasarkan perangkaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), harga purata CPO bagi Julai 2022 adalah RM4,603. Sehubungan itu, menerusi pengiraan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan mengambil kira semua faktor yang berkaitan di samping rundingan bersama pemain industri minyak sawit, harga maksimum jualan di peringkat peruncit untuk botol 5kg bagi Ogos 2022 ditetapkan pada paras RM34.70.

Turut ditentukan juga ialah harga siling minyak masak kemasan botol bagi 1kg iaitu RM7.70,  RM14.70 bagi 2kg dan RM21.70 bagi  3kg.

Mekanisme di sebalik penetapan harga siling ini dibuat bersandarkan simulasi harga jualan minyak masak tulen di peringkat peruncit, dengan mengambil kira perkembangan semasa CPO.” kata Alexander.

Bagaimanapun, penetapan harga siling juga mengambil kira beberapa aspek kos luar jangka seperti logistik, termasuk situasi dialami segelintir peruncit untuk menghabiskan bekalan minyak masak tulen yang dibeli dengan harga lama.

Dalam pada itu, Alexander berkata perintah larangan mengeksport minyak masak tulen tidak bersubsidi dalam semua bentuk kemasan polibeg diwartakan pada Isnin, 1hb Ogos 2022 untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna dan pengeksport di samping meningkatkan keberkesanan pemantauan bagi mengurangkan ketirisan barangan kawalan serta subsidi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...