AM

Objek disyaki serpihan roket Long March 5B : Hasil siasatan awal

352

PUTRAJAYA, 2 Ogos 2022 – Pasukan siasatan yang terdiri daripada Bahagian Penguasa Angkasa, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah digerakkan pada 1 Ogos 2022 bagi membuat penyiasatan awal objek yang disyaki sisa serpihan roket negara China yang jatuh pada 31 Julai 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini, MOSTI berkata siasatan awal dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan menumpukan kepada dua (2) lokasi yang telah dikenal pasti iaitu di Kampung Nyalau, Bintulu dan Kampung Sepupok Lama, Niah, Miri, Sarawak. Katanya siasatan awal tersebut juga bagi memastikan tiada sebarang unsur radiasi berbahaya yang mungkin dikeluarkan oleh objek yang disyaki, sebelum siasatan selanjutnya dapat dilaksanakan.

“Pada pukul 1:45 tengah hari, 1 Ogos 2022, seramai empat (4) orang pegawai AELB daerah Bintulu bersama pasukan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia daerah Bintulu telah menjalankan siasatan di lokasi pertama di Kampung Nyalau, Bintulu, Sarawak.

Berdasarkan ukuran dan hasil siasatan awal mendapati bahawa objek pertama yang disyaki bersaiz sekitar lima (5) inci berkenaan TIDAK mengeluarkan sebarang radiasi dan TIADA unsur radioaktif dikesan pada objek tersebut. Manakala, ukuran dan hasil siasatan awal terhadap objek kedua yang disyaki di Batu Niah, Miri, turut menunjukkan hasil yang sama iaitu objek disyaki TIDAK mengeluarkan sebarang radiasi dan
TIADA unsur radioaktif dikesan. Kedua-dua objek disyaki adalah selamat untuk dilaksanakan siasatan dan analisis seterusnya.” kata MOSTI.

Tambah MOSTI, untuk langkah selanjutnya, MOSTI melalui MYSA dengan kerjasama Jabatan Kimia Malaysia akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kedua-dua objek yang ditemui itu bagi menentusahkan sama ada objek tersebut ada kaitan dengan insiden kemasukan semula (re-entry) serpihan (debris) roket Long March 5B milik negara China ataupun tidak.

“Hasil siasatan dan analisis itu nanti akan dimaklumkan dan tindakan sewajarnya akan dipertimbangkan selaras Akta 834 (Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022) dan triti antarabangsa berkaitan angkasa di bawah kendalian United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA).” kata MOSTI.

Sumber gambar : Spacenews

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...