KUALA LUMPUR 2 Ogos 2022 – Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Harun pada hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat PYT Nancy Pelosi.
Menurut Parlimen Malaysia, kunjungan tersebut merupakan kunjungan pertama daripada Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat sejak hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara terjalin sejak 1957.
“PYT Nancy Pelosi turut disertai lima Ahli Kongres yang merupakan sebahagian daripada delegasi kunjungan ke Malaysia.
Perdana Menteri juga telah menjemput PYT dan delegasinya ke majlis makan tengahari bersempena kunjungan tersebut.
Kunjungan ini akan mengukuhkan kerjasama di antara Malaysia dan Amerika Syarikat, terutamanya di antara kedua-dua cabang legislatif. “katanya.
Adalah diharapkan hubungan baik di antara kedua-dua negara akan terus kukuh di masa hadapan.
Foto-foto kredit kepada Unit Komunikasi Parlimen Malaysia







- KPDN targets at least 2 PJRM series per month for each state constituency
- Cooking Up Success: How MISI Helps Build Your Career
- Sabah is the second-highest beneficiary of Digital AgTech after Selangor
- Unity is not just a slogan – Saifuddin
- Documentary A Bite of China (Season 4) Sparks Discussion: Cultural Ripples from Culinary Encounters