18 Julai 2022 – Pada 13 julai 2022, Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah melancarkan satu (1) serbuan dalam Op Kontraban di Kajang, Selangor. Pasukan serbuan telah berjaya merampas sejumlah 25,306 kotak dan botol vape disyaki mengandungi nikotin yang dianggarkan bernilai RM2,700,000.00. Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 13(a) Akta Racun 1952.
Kejayaan ini dimaklumkan oleh Setiausaha Polis, DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan hari ini. Seterusnya beliau menjelaskan, pada 14 julai 2022, serbuan kedua telah dilakukan oleh CPSK menerusi Op Kontraban di Johor Bahru telah berjaya menumpaskan satu (1) sindiket yang terlibat dengan kegiatan menjual dan membeli semula minyak diesel bersubsidi.
“Dalam serbuan tersebut, seramai enam (6) lelaki tempatan telah ditahan serta sejumlah 45,997 liter minyak diesel, empat (4) buah lori, lima (5) unit tangki minyak diesel pelbagai jenis dan peralatan telah dirampas. Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM988,850.55 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
“ Nilai rampasan bagi kedua-dua serbuan dalam operasi yang bermula dari 12 Julai 2022 hingga 15 Julai 2022 adalah RM3,688,850.55. PDRM melalui JKDNKA akan terus komited dalam melaksanakan operasi membanteras sindiket penyeludupan kontraban dan barangan kawalan dan subsidi agar ketirisan hasil negara dapat dibendung demi kepentingan masyarakat,” ujar Noorsiah.
- Promoting Hong Kong as a Regional Philanthropic Hub through Co-Creation
- Bersih Congress to Set Direction Leading Up to the 16th General Election
- MasterBuilde Launches Upgraded Renovation and Maintenance Service Matching Platform for Chinese in the UK
- Prince Holding Group Triumphs with Platinum at the 2024 Global CSR & ESG Awards
- Unleashing Growth: DIFC Emerges as Premier Global Hub for Family Businesses
Leave a comment