Jenayah

Kejayaan Jabatan KDNKA Menerusi Dua Serbuan Op Kontraban

170

18 Julai 2022 – Pada 13 julai 2022, Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah melancarkan satu (1) serbuan dalam Op Kontraban di Kajang, Selangor. Pasukan serbuan telah berjaya merampas sejumlah 25,306 kotak dan botol vape disyaki mengandungi nikotin yang dianggarkan bernilai RM2,700,000.00. Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 13(a) Akta Racun 1952.

Kejayaan ini dimaklumkan oleh Setiausaha Polis, DCP  Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan hari ini. Seterusnya beliau menjelaskan, pada 14 julai 2022, serbuan kedua telah dilakukan oleh CPSK menerusi Op Kontraban di Johor Bahru telah berjaya menumpaskan satu (1) sindiket yang terlibat dengan kegiatan menjual dan membeli semula minyak diesel bersubsidi.

“Dalam serbuan tersebut, seramai enam (6) lelaki tempatan telah ditahan serta sejumlah 45,997 liter minyak diesel, empat (4) buah lori, lima (5) unit tangki minyak diesel pelbagai jenis dan peralatan telah dirampas. Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM988,850.55 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“ Nilai rampasan bagi kedua-dua serbuan dalam operasi yang bermula dari 12 Julai 2022 hingga 15 Julai 2022 adalah RM3,688,850.55. PDRM melalui JKDNKA akan terus komited dalam melaksanakan operasi membanteras sindiket penyeludupan kontraban dan barangan kawalan dan subsidi agar ketirisan hasil negara dapat dibendung demi kepentingan masyarakat,” ujar Noorsiah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

Hina Agama Islam : Seorang lelaki warga tempatan ditangkap

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 – Seorang lelaki warga tempatan telah ditangkap...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Majikan kantoi bersubahat palsukan dokumen, guna syarikat “Atas Angin” serta menggajikan PATI secara haram

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN tumpaskan sindiket seleweng diesel di Dengkil, Selangor.

SEPANG, 11 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...