9 Julai 2022 – Setiausaha Polis, DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan polis berhubung penularan rakaman video menerusi aplikasi Tik Tok @mie_8099 yang menunjukkan seorang wanita menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.
“Video wanita berkenaan turut dikesan disebarkan melalui media sosial.
Siasatan berhubung kes ini sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298 A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.” kata Noorsiah.
Tambahnya PDRM akan mengambil tindakan tegas sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang ke atas mana-mana pihak yang cuba bertindak dalam apa jua cara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Terdahulu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menjalankan siasatan awal terhadap kes tersebut.
Kata Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam yang berlaku di Wilayah Persekutuan khususnya menjelang ketibaan Aidiladha yang mulia.
- phData is proud to announce that it has been awarded the prestigious “Best Place to Work” certification for 2024
- Nearly 1,500 Nominations for the Fourth Season of the VinFuture Prize
- Denture labelling as personal identification
- Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama
- Arla Foods Ingredients targets ‘holistic hydration’ at Vitafoods Europe
Leave a comment