Jenayah

Video wanita hina Islam di kelab : PDRM lakukan siasatan

259

9 Julai 2022 – Setiausaha Polis,  DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan polis berhubung penularan rakaman video menerusi aplikasi Tik Tok @mie_8099 yang menunjukkan seorang wanita menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.

“Video wanita berkenaan turut dikesan disebarkan melalui media sosial.

Siasatan berhubung kes ini sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298 A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.” kata Noorsiah.

Tambahnya PDRM akan mengambil tindakan tegas sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang ke atas mana-mana pihak yang cuba bertindak dalam apa jua cara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Terdahulu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menjalankan siasatan awal terhadap kes tersebut.

Kata Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam yang berlaku di Wilayah Persekutuan khususnya menjelang ketibaan Aidiladha yang mulia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayah

Muat naik komen lucah di Facebook isu khatan bayi anak seorang doktor: Tiga individu dikompaun RM75,000

CYBERJAYA, 18 Julai 2024 – Seramai tiga individu telah dikenakan kompaun berjumlah...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM tumpaskan ‘GENG BROGA’

PUTRAJAYA, 9 Jun 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan...

BM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan premis pelacuran beroperasi lebih 30 tahun di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA 25 Mei 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sebuah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...