Home Kenyataan Media Jawi siasat video wanita hina agama Islam di sebuah kelab
Kenyataan Media

Jawi siasat video wanita hina agama Islam di sebuah kelab

KUALA LUMPUR 9 Julai 2022 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menjalankan siasatan awal berhubung satu klip video tular disyaki menghina agama Islam baru-baru ini yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail.

Menurut laporan BERNAMA, Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail berkata pihaknya mengambil maklum berkenaan video tular berkenaan dan siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

“JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam yang berlaku di Wilayah Persekutuan khususnya menjelang ketibaan Aidiladha yang mulia.” katanya.

Video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial memaparkan seorang wanita bertudung, berbaju kurung, mengaku beragama Islam dan telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran. Kemudiannya dia menanggalkan baju kurung tersebut dan hanya meninggalkan pakaian yang seksi.

Perbuatannya itu telah mendapat sorakan dan gelak tawa dalam kalangan penonton kelab berkenaan.

Di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), mana-mana individu yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan cara-cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina, mempersendakan, mengajuk-ngajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam merupakan satu kesalahan yang apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...