30 JUN 2022 – Setiausaha Polis Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Dato’ Noorsiah binti Mohd Saaduddin memaklumkan bahawa pada 29 Jun 2022 dalam Operasi OP Kontraban yang dijalankan oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat serbuan ke atas sebuah premis di Kepong, Kuala Lumpur.
Katanya dalam satu kenyataan media hari ini, dalam operasi tersebut dua (2) lelaki warga tempatan berusia 40 dan 46 tahun telah ditahan ketika menawarkan wang sogokan berjumlah RM25,000.00 kepada pegawai kanan polis.
“Dalam operasi yang sama, PDRM juga telah menahan seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan seorang warganegara Sri Lanka berusia 30 tahun.
Sejumlah 34,536 tin minuman keras jenis beer, 889 botol minuman keras jenis liquor, dua (2) buah kenderaan pacuan 4×4, dan wang tunai berjumlah RM42,157.50 telah dirampas.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1,228,391.97.” kata Dato’ Noorsiah.
Tambah beliau, salah seorang daripada empat (4) lelaki tersebut pernah ditahan di lokasi dan kesalahan yang sama pada 16 Mac 2022 dengan nilai rampasan RM736,658.99.
“Kesemua suspek telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur dan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(E) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17(B) Akta SPRM 2009.
Kejayaan operasi ini adalah hasil kerjasama PDRM dan SPRM di dalam meningkatkan keberhasilan serta memastikan ketelusan operasi yang dijalankan agar lebih berintegriti dan efektif selaras hasrat pucuk pimpinan PDRM.” ujar Dato’ Noorsiah.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment