AMKesihatan @ My LNA

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA PROGRAM JOM@KOMUNITI TAHUN 2022

2.2k

PUTRAJAYA, 30 JUN – Dijangka lebih 100 beg derma darah berjaya dikumpulkan hari ini di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya bagi menampung keperluan Pusat Darah Negara (PDN). Kempen Derma Darah sempena Program JOM@Komuniti adalah program di bawah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di mana semua penderma adalah terdiri daripada kakitangan awam di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan komuniti sekitar Putrajaya.

YBhg. Dato’ Dr. Zuraidi Ishak, Ketua Pengarah J-KOM berkata, kempen derma darah ini mendapat sambutan ramai daripada kakitangan awam di bawah JPM. Program ini adalah salah satu inisiatif tanggungjawab sosial J-KOM kepada komuniti dalam membantu sedikit sebanyak keperluan bekalan darah Negara dan hospital-hospital di seluruh negara.

Selain itu,  program ini dimeriahkan lagi dengan tajaan daripada pihak Nestle, Texas Chicken, Maestro Swiss (Vico) dan produk tenusu daripada Summerfield kepada para penderma hari ini. Diharapkan agar program JOM@Komuniti ini akan diteruskan lagi dengan lebih banyak lagi siri bersama-sama komuniti di masa hadapan berpandukan tiga (3) fokus utama iaitu berbudaya ilmu, berkemahiran digital dan berjiwa patriotik.

Antara tujuan utama kempen menderma darah ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah, menanam sifat keperihatinan terhadap penderitaan insan yang memerlukan dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang perlunya untuk sentiasa mempunyai tubuh badan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pusat Darah Negara (PDN) juga sentiasa mendapat permintaan bekalan darah daripada hospital seluruh negara. Justeru bagi mengelakkan kekurangan bekalan darah, orang ramai digalakkan untuk menderma darah di PDN atau mana-mana hospital kerajaan yang berhampiran dengan mereka.  PDN mengharapkan agar lebih banyak agensi kerajaan mahu pun swasta menganjurkan aktiviti sebegini kerana kita yakin darah penderma mampu menyelamatkan banyak nyawa yang memerlukannya.

Untuk makluman, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) merupakan sebuah jabatan yang baharu ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang berperanan membangunkan komuniti di peringkat akar umbi dengan pendekatan pengehakupayaan komuniti. 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...