Ekonomi @ My LNA

Peruntukan subsidi 2022 telah ditambah sebanyak RM370 juta bagi bulan Julai dan Ogos

69

30 Jun 2022 – Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz memaklumkan bahawa susulan daripada pengumuman oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada 29 Jun 2022 mengenai subsidi ayam dan telur, peruntukan subsidi 2022 telah ditambah sebanyak RM370 juta bagi bulan Julai dan Ogos, menjadikan unjuran perbelanjaan subsidi bagi tahun 2022 kini berjumlah RM77.7 bilion.

Katanya bagi tempoh 5 bulan, Februari hingga Jun 2022, Kerajaan telah menyediakan peruntukan sekitar RM730 juta untuk menampung subsidi harga ayam dan telur.

“Dengan pengumuman terkini, Kerajaan menyediakan RM1 bilion untuk membantu rakyat iaitu subsidi tambahan ayam dan telur untuk 2 bulan, Julai dan Ogos 2022, serta bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta yang telah dibayar kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia mulai 27 Jun 2022. 

Hakikatnya, Kerajaan sentiasa meningkatkan bantuan dan subsidi kepada rakyat untuk membantu menangani cabaran kos sara hidup.

Jika dibandingkan dengan negara-negara di rantau ASEAN, harga ayam di Malaysia adalah antara yang terendah.” kata Tengku Zafrul.

Tambah beliau, tekanan inflasi pada tahun 2022 merupakan fenomena global di mana harga minyak mentah Brent telah kekal melebihi USD100 se tong semenjak hujung Mac 2022.

Katanya berserta dengan gangguan rantaian bekalan dunia yang telah menjejaskan bekalan baja dan makanan ternakan, fenomena ini telah meningkatkan harga makanan dengan mendadak.

“Sebagai sebuah ekonomi terbuka, Malaysia tidak terkecuali daripada tekanan inflasi global. Ini bermakna, kenaikan harga barangan tidak boleh dielakkan sepenuhnya.

Umum mengetahui bahawa kadar inflasi di negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom mencecah 9%, manakala Thailand adalah 7% dan Singapura dan Filipina melebihi 5%. Berdasarkan simulasi oleh Jabatan Perangkaan Negara, tanpa sebarang subsidi Kerajaan, kadar inflasi Malaysia bagi bulan Mei 2022 boleh mencecah sehingga 11.4%, namun dasar subsidi telah membantu membendung inflasi di Malaysia pada tahap 2.8%.” ujar Tengku Zafrul.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

17.65 Juta (58.7%) Profil Warganegara telah dikemaskini di Sistem PADU

PUTRAJAYA, 1 April 2024 – Seramai 11.55 juta (52.6%) warganegara berumur atas...