8 Jun 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 9 Jun 2022 hingga 15 jun 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:
- harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter daripada RM4.70 kepada RM4.72 seliter
- harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
- harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.
Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
- VinFast starts accepting deposits for mini-SUV VF 3 in Vietnam
- ISCA partners Council for Board Diversity and industry leaders to spearhead new board stewardship and governance efforts
- Alps System Integration Co., Ltd. Introduces InterSafe: A Revolutionary Threat Intelligence Platform Set to Transform Global Cybersecurity
- Children from Wuzhishan, Hainan Sings on the Seine in Paris during the opening performance of the Sino-French Gourmet Carnival
- Enjoy the taste of spring together and convey good wishes—— Wanglaoji showed up at the “Sino-French Food Carnival” and Launched the International Brand Identity WALOVI in Paris
Leave a comment