AMEkonomi @ My LNA

Dakwaan CBP Amerika Syarikat tidak adil dan berat sebelah – Zuraida

105

8 Jun 2022 – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin menyifatkan bahawa dakwaan buruh paksa hasil siasatan Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat sebagai tidak adil dan berat sebelah. Katanya hasil siasatan CBP itu telah menyebabkan produk daripada enam firma Malaysia masih dilarang daripada memasuki pasaran negara itu akibat Perintah Penahanan Pelepasan (WRO).

“Kementerian Perusahaan Perdagangan dan Komoditi (KPPK) tidak berniat untuk mempertikai hak prerogatif ini, tetapi dakwaan ini adalah tidak adil dan berat sebelah. Sekatan kemasukan minyak sawit dan produk minyak sawit Malaysia (dan selepas itu, sarung tangan getah) hanya berdasarkan tuduhan buruh paksa yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan-kumpulan lain. Namun begitu, CBP dalam memperincikan laluan yang diambil dan tindakan seterusnya terhadap beberapa syarikat, telah menyatakan bahawa siasatannya dilakukan berdasarkan maklumat, analisis dan andaian yang munasabah.

Dalam hal ini, minyak sawit Malaysia dan produk berkaitan minyak sawit mungkin terpaksa bersaing secara langsung dengan minyak kacang soya, di mana AS merupakan pengeluar utama di dunia dan pengeksport kedua tertinggi.” kata Zuraida dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, berdasarkan keadaan ini dan selepas CBP menjelaskan bagaimana keputusan larangan ini diambil, pemain industri Malaysia terutama dalam sektor perladangan dan sarung getah yang berintensif buruh perlu mengambil kira sensitiviti CBP dan mencari pelan tindakan supaya tidak dikenakan WRO sekali lagi, dengan tuduhan buruh paksa.

“Sehubungan ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menghargai usaha Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) untuk bekerjasama dengan CBP dalam isu tadbir urus isu buruh asing dan tempatan.

Difahamkan bahawa MARGMA telah menerajui usaha sedemikian sejak 2018 apabila ia mendukung dasar hutang sifar dan turut memulakan tindakan pemulihan yang perlu diambil oleh setiap ahli untuk memisahkan mereka daripada stigma buruh paksa, menggunakan 11 petunjuk Pertubuhan Buruh
Antarabangsa (ILO).” ujar Zuraida.

Tambah beliau, MARGMA juga telah membentuk Unit ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) dan satu pasukan petugas untuk mendidik dan menyedarkan ahli-ahli persatuan itu dan pekerja mereka mengenai 11 petunjuk ILO mengenai buruh paksa.

“Usaha giat ini dilakukan melalui kerjasama dengan ILO dan kedutaan/suruhanjaya tinggi AS, UK dan Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia.” kata Zuraida.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...