Politik @ My LNA

Zuraida “President Designate” PBM

178
Presiden Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng Wei Shien menyerahkan replika kad keahlian PBM kepada YB Datuk Zuraidah Kamarudin, Ahli Parlimen Ampang pada Sidang Media yang bertempat Grand Barakah Hotel, Ampang.

9 Jun 2022 – Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng mengumumkan perlantikan Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin sebagai “president designate” parti tersebut. Katanya ia bagi memacu pembangunan dan perkembangan PBM untuk masa akan datang.

Terdahulu beliau berkata bahawa Biro Politik dan Majlis Tertinggi PBM telah bermesyuarat berkenaan permohonan kemasukan sebgai ahli oleh Zuraida Kamaruddin yangtelah dihantar pada tarikh 26 Mei 2022.

“Setelah mendapat persetujuan oleh semua ahli mesyuarat, Parti Bangsa Malaysia dengan ini menerima permohonan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dan mulai hari ini secara rasminya beliau adalah ahli Parti Bangsa Malaysia.

Atas permintaan akar umbi Parti Bangsa Malaysia, Biro Politik dan Majlis Tertinggi Parti Bangsa Malaysia juga telah berbincang dan sebulat suara membuat keputusan untuk mengangkat YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin sebagai “president designate” bagi memacu pembangunan dan perkembangan Parti Bangsa Malaysia untuk masa akan datang.

Majlis Tertinggi Parti Bangsa Malaysia akan bermesyuarat sekali lagi di dalam masa terdekat untuk menyusun semula perlembagaan parti bagi membolehkan proses transisi kepimpinan ini berjalan dengan lancer dan teratur.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Zuraida Kamaruddin adalah seorang pemimpin berwibawa, berpengalaman dan mempunyai visi yang berpadanan dengan aspirasi PBM yang menginginkan perubahan holistik dalam membentuk Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju.

“Dengan keputusan ini kita berharap Parti Bangsa Malaysia akan lebih berupaya untuk meningkatkan lagi politik khidmat bakti demi membantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Parti Bangsa Malaysia akan terus memperjuangkan Agenda Reset, dengan enam (6) tunjang utama iaitu mengeratkan perpaduan antara kaum, meningkatkan penglibatan golongan muda, memperkasakan peranan wanita, pembangunan ekonomi negara, menjana perkembangan sains & teknologi dan peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...