21 Mei 2022 – Dalam sidang media yang diadakan hari ini, Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan Puan Yang Terutama Gina Raimondo, Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat di Washington D.C.
Perbincangan tersebut tertumpu kepada kerjasama ekonomi dan perkongsian maklumat mengenai keupayaan dan kapasiti Malaysia dalam sektor strategik terutamanya semikonduktor.
Mereka berdua juga telah berbincang tentang isu-isu dua hala seperti amalan perburuhan dan safeguard measures oleh Amerika Syarikat yang telah menjejaskan eksport negara ke pasaran Amerika Syarikat.
Tambah Azmin, Malaysia dan Amerika Syarikat telah menandatangani Memorandum Kerjasama Mengenai Daya Tahan Rantaian Bekalan Semikonduktor yang bertujuan untuk memperkasakan daya tahan rantaian bekalan sektor semikonduktor kedua-dua negara terutamanya dalam menghadapi situasi krisis.
Katanya, Memorandum Kerjasama tersebut merupakan satu elemen penting dalam mewujudkan rantaian bekalan semikonduktor yang berdaya tahan, selamat dan lestari. Ia juga membuktikan pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Malaysia sebagai pemain industri semikonduktor utama di dunia melalui jaminan keselamatan, kestabilan dan peningkatan ketelusan rantaian bekalan global.
Beliau yakin Memorandum itu akan menyumbang dalam merancakkan aktiviti pengeluaran E&E dan meningkatkan pelaburan dalam sektor ini, seterusnya menyumbang kepada peningkatan eksport negara.
Malaysia adalah penyumbang terbesar kepada perdagangan global produk semikonduktor Amerika Syarikat dengan syer pasaran sebanyak 23.6 peratus pada tahun 2021.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment