Home MY LNA Ekonomi @ My LNA Malaysia dan AS tandatangani MOU Daya Tahan Rantaian Bekalan Semikonduktor
Ekonomi @ My LNA

Malaysia dan AS tandatangani MOU Daya Tahan Rantaian Bekalan Semikonduktor

21 Mei 2022 – Dalam sidang media yang diadakan hari ini, Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan Puan Yang Terutama Gina Raimondo, Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat di Washington D.C.

Perbincangan tersebut tertumpu kepada kerjasama ekonomi dan perkongsian maklumat mengenai keupayaan dan kapasiti Malaysia dalam sektor strategik terutamanya semikonduktor.

Mereka berdua juga telah berbincang tentang isu-isu dua hala seperti amalan perburuhan dan safeguard measures oleh Amerika Syarikat yang telah menjejaskan eksport negara ke pasaran Amerika Syarikat.

Tambah Azmin, Malaysia dan Amerika Syarikat telah menandatangani Memorandum Kerjasama Mengenai Daya Tahan Rantaian Bekalan Semikonduktor yang bertujuan untuk memperkasakan daya tahan rantaian bekalan sektor semikonduktor kedua-dua negara terutamanya dalam menghadapi situasi krisis.

Katanya, Memorandum Kerjasama tersebut merupakan satu elemen penting dalam mewujudkan rantaian bekalan semikonduktor yang berdaya tahan, selamat dan lestari. Ia juga membuktikan pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Malaysia sebagai pemain industri semikonduktor utama di dunia melalui jaminan keselamatan, kestabilan dan peningkatan ketelusan rantaian bekalan global.

Beliau yakin Memorandum itu akan menyumbang dalam merancakkan aktiviti pengeluaran E&E dan meningkatkan pelaburan dalam sektor ini, seterusnya menyumbang kepada peningkatan eksport negara.

Malaysia adalah penyumbang terbesar kepada perdagangan global produk semikonduktor Amerika Syarikat dengan syer pasaran sebanyak 23.6 peratus pada tahun 2021.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Ekonomi @ My LNAMY LNAUTAMA

SPT dilancarkan secara rasmi

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara...

Ekonomi @ My LNAGaya Hidup @ My LNAMY LNAPelanconganUTAMA

Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser

PAHANG 21 September 2023 – Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang dengan...

Ekonomi @ My LNAIsu SemasaMY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Armizan turun padang tinjau harga beras dan barangan keperluan

GOMBAK 19 September 2023 – Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

Ekonomi @ My LNAMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Manfaatkan RCEPP dan transaksi bilateral LCT untuk kukuhkan ringgit

Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Ringgit didapati menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat...