Pendidikan @ My LNA

Tarikh baharu peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Ulangan Semester 2 STPM 2021

172

11 Mei 2022 – Tarikh peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Ulangan Semester 2 STPM 2021 telah dipinda ke tarikh baharu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa tarikh peperiksaan Semester 3 STPM 2021 telah ditunda ke 25, 26 Mei 2022 dan 13, 14, 15 Jun 2022.

Tarikh peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 pula ditunda ke 16, 20, 21, 22 Jun 2022.

MPM turut memaklumkan bahawa Kalendar Peperiksaan STPM Kohort 2021, Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2021, dan Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang telah dikemas kini pada 9 Mei 2022 boleh dimuat turun melalui portal MPM di www.mpm.edu.my.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM melalui e-mel stpm@mpm.edu.my atau melalui telefon di talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG – Pengetua, Saridah Abdul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UM santuni komuniti muallaf dan asnaf di pedalaman Sabah

Program khidmat bakti yang diadakan oleh mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya...