Ekonomi @ My LNA

Nilai kerja pembinaan pada suku pertama 2022 terus bertambah baik

813

PUTRAJAYA 11 Mei 2022 – Nilai kerja pembinaan pada suku pertama 2022 terus bertambah baik pada -6.1 peratus (ST4 2021: -12.9%) berasaskan tahun ke tahun, berjumlah RM29.5 bilion (ST4 2021: RM27.6 bilion). Ini terdapat dalam laporan STATISTIK PEMBINAAN SUKU TAHUNAN, SUKU PERTAMA 2022 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Menurut DOSM, pada suku pertama 2022, subsektor Aktiviti pertukangan khas meneruskan pertumbuhan dua digit sebanyak 24.1 peratus manakala Bangunan bukan kediaman mencatatkan peningkatan 4.2 peratus dalam nilai kerja pembinaan. Katanya, pertumbuhan subsektor Bangunan kediaman dan Kejuruteraan awam masing-masing menguncup pada 11.9 peratus dan 15.5 peratus (ST4 2021: -18.2% dan -20.3%).

DOSM juga melaporkan bahawa pada suku pertama 2022, subsektor Kejuruteraan awam kekal mendominasi sebagai penyumbang utama nilai kerja pembinaan dengan 35.1 peratus. Disamping itu, subsektor Bangunan bukan kediaman pula menyumbang 30.4 peratus sementara Bangunan kediaman dan Aktiviti pertukangan khas masing-masing menyumbang 24.2 peratus dan 10.2 peratus.

“Laporan tersebut juga menyatakan sektor swasta tumbuh 3.2 peratus dengan menyumbang 60.7 peratus daripada nilai kerja pembinaan (RM17.9 bilion) berbanding sektor awam yang bertambah baik kepada -17.6 peratus (ST4 2021: -18.8%) yang menyumbang 39.3 peratus daripada nilai kerja pembinaan (RM11.6 bilion).

Pada masa yang sama, sumbangan nilai kerja pembinaan mengikut negeri di dominasi oleh tiga (3) negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sarawak iaitu berjumlah RM16.0 bilion atau mewakili 54.2 peratus daripada keseluruhan nilai kerja pembinaan. Negeri Selangor merekodkan nilai kerja pembinaan tertinggi pada suku pertama 2022 iaitu sebanyak RM6.9 bilion. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan (RM5.8 bilion) dan Sarawak (RM3.3bilion).” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...