Home Pendidikan Tarikh baharu peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Ulangan Semester 2 STPM 2021
Pendidikan

Tarikh baharu peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Ulangan Semester 2 STPM 2021

11 Mei 2022 – Tarikh peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Ulangan Semester 2 STPM 2021 telah dipinda ke tarikh baharu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa tarikh peperiksaan Semester 3 STPM 2021 telah ditunda ke 25, 26 Mei 2022 dan 13, 14, 15 Jun 2022.

Tarikh peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 pula ditunda ke 16, 20, 21, 22 Jun 2022.

MPM turut memaklumkan bahawa Kalendar Peperiksaan STPM Kohort 2021, Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2021, dan Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang telah dikemas kini pada 9 Mei 2022 boleh dimuat turun melalui portal MPM di www.mpm.edu.my.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM melalui e-mel stpm@mpm.edu.my atau melalui telefon di talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPendidikan

KPM teliti cadangan kembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari

24 Mei 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti cadangan untuk...

AMHighlightsMY LNAPendidikanSekuriti Makanan

UM Selamatkan Lebih 785kg Makanan dan diagihkan kepada yang memerlukan

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2023 : 21 sukarelawan Universiti Malaya telah menjalankan program MYSAVEFOOD@Ramadan...

AMHighlightsMY LNAPendidikan

300 Staf Dan Pelajar Bertadarus Dan Iftar Di Dewan Tunku Canselor UM

KUALA LUMPUR, 13 April 2023 – Seramai 300 peserta yang terdiri daripada...

AMMY LNAPendidikan

Kolej Komuniti Selayang Hayati 10 Hari Terakhir Ramadhan Dengan Quran Hour

Selayang, 13 April 2023 – Gemaan bacaan Surah Al-Insan secara hibrid yang diketuai...