14 April 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa seorang lelaki OKT (Orang Kena Tahan) yang berketurunan Melayu dan berumur 45 tahun telah dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. OKT berkenaan tidak mengaku salah dan tiada penjamin dan ditumpangkan di lokap Balai Polis Kajang, Selangor sebelum dihantar ke penjara satelit Beranang, Selangor bagi reman penjara.
“Pada 13 april 2022 jam 10.32 pagi, anggota bertugas lokap dimaklumkan bahawa OKT disyaki sawan dan telah menghubungi pihak hospital.
Pada jam 10.45 pagi pihak hospital telah hadir membuat pemeriksaan terhadap OKT dan membawa OKT ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Semasa dalam perjalanan ke hospital penolong pegawai perubatan mengesahkan OKT telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui.” kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, CP Dato’ Sri Azri bin Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment