14 April 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 13 April 2022 adalah seperti berikut :
- Kes sembuh: 15,893 kes [4,196,656 kes kumulatif (96.4%)];
- Kes baharu: 10,052 kes (4,352,611 kes kumulatif);
- Kes import: 21 kes [18 warganegara (85.7%); 3 bukan warganegara (14.3%)];
- Kes tempatan: 10,031 kes [9,606 warganegara (95.8%); 425 bukan warganegara (4.2%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 161 kes (63 kes disahkan COVID-19; 98 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 99 kes (41 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
Dalam kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa daripada 10,052 kes harian yang dilaporkan pada 13 April 2022, 5,715 kes (56.85%) adalah dari Kategori 1, 4,272 kes (42.50%) dari Kategori 2 dan 31 kes (0.31%) adalah dari Kategori 3.
Manakala Kategori 4 berjumlah 17 kes (0.17%) dan Kategori 5 adalah sebanyak 17 kes (0.17%).
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang