Home JENAYAH Punca kematian OKT masih belum diketahui
JENAYAH

Punca kematian OKT masih belum diketahui

14 April 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa seorang lelaki OKT (Orang Kena Tahan) yang berketurunan Melayu dan berumur 45 tahun  telah dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. OKT berkenaan tidak mengaku salah dan tiada penjamin dan ditumpangkan di lokap Balai Polis Kajang, Selangor sebelum dihantar ke penjara satelit Beranang, Selangor bagi reman penjara.

“Pada 13 april 2022 jam 10.32 pagi, anggota bertugas lokap dimaklumkan bahawa OKT disyaki sawan dan telah menghubungi pihak hospital.

Pada jam 10.45 pagi pihak hospital telah hadir membuat pemeriksaan terhadap OKT dan membawa OKT ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Semasa dalam perjalanan ke hospital penolong pegawai perubatan mengesahkan OKT telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui.” kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, CP Dato’ Sri Azri bin Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsJENAYAHKeselamatanMY LNA

Rompakan Berkumpulan, empat warga tempatan ditahan Maritim Malaysia

KOTA TINGGI, 26 April – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Pemangku Ketua Pengarah...

AMHighlightsJENAYAHMY LNAPengguna

Penemuan alat ganti kenderaan tiruan dalam serbuan oleh KPDN, nilai rampasan lebih RM200 ribu

PUTRAJAYA, 15 Februari 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

JENAYAHLNA KANTOR

Manajemen Anti-Korupsi ISO 37001, Perbaikan Perusahaan Pelat Merah

 Judul tulisan ini bersumber dari pemberitaan KOMPAS (12 Januari 2023) terkait vonis...

AMJENAYAHMY LNA

PDRM berjaya tumpaskan sindiket penipuan jual beli barang kemas dalam talian

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2023 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah...