4 April 2022 – Setakat 1 April 2022, sebanyak 475,678 permohonan pekerja warga asing telah diterima.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan hari ini, permohonan tersebut adalah bagi sektor perkilangan (290,248), perkhidmatan (77,000), perladangan (53,854), pembinaan (43,519), pertanian (11,037) dan perlombongan & pengkuarian (20).
“Permohonan pekerja warga asing ini telah mula diproses dan sehingga kini, seramai 2,605 pekerja warga asing telah diluluskan dalam sektor perkilangan dan sektor perladangan. Terdapat juga permohonan yang tidak dapat diproses kerana dokumen tidak lengkap dan tidak membawa salinan dokumen asal, maklumat salah, jumlah melebihi kuota dan lain-lain.
Saya ingin mengingatkan semua majikan yang memohon pekerja warga asing untuk membuat permohonan secara dalam talian dan sebarang permohonan yang dibuat secara manual tidak akan dipertimbangkan.” katanya.
Beliau turut mengingatkan semua majikan agar perlu memastikan semua permohonan dalam
talian yang dikemukakan adalah lengkap bagi mengelakkan permohonan tersebut ditolak atau tidak dapat diproses.
- Ice Cube Marketing attains Google Premier Partner status and helps SMEs leverage more Google products
- IRC 2024: Menyelaras Keselamatan dan Inovasi Untuk Masa Depan Digital Yang Lestari
- Shopee Prioritises Seamless Shopping Experience with Launch of On-Time Guarantee
- Shopee Mengutamakan Pengalaman Membeli-Belah secara Lancar dengan Pengenalan Jaminan Tepat Waktu
- Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan
Leave a comment