Home Ekonomi KUSKOP gantikan MEDAC
Ekonomi

KUSKOP gantikan MEDAC

4 April 2022 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Haji Omar memaklumkan bahawa bagi penggunaan akronim Kementerian yang diterajuinya, KUSKOP telah digunakan secara rasmi menggantikan MEDAC sejak 14 Mac 2022.

Katanya dalam satu kenyataan media hari ini, pertukaran akronim itu adalah selaras dengan dasar baharu kerajaan sekaligus menyahut saranan Perdana Menteri untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam setiap urusan rasmi kerajaan.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut mengulas mengenai liputan berita bertajuk MEDAC bincang, bantu susun semula pembiayaan usahawan terjejas COVID-19” yang telah disiarkan pada 2 April 2022.

“Saya ingin menjelaskan bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengadakan perbincangan berhubung proses penyusunan atau penjadualan semula pembiayaan usahawan yang terjejas akibat COVID 19 bersama Bank Rakyat dan SME Bank.

Untuk makluman, pihak Maybank tidak terlibat dalam sesi tersebut sepertimana yang dinyatakan dalam artikel.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAniagaPertanian

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan...

AMEkonomiHighlightsMY LNAPerumahan

SPNB KOMITED TINGKAT PENYEDIAAN RUMAH MAMPU MILIK SEJAJAR ASPIRASI MALAYSIA MADANI

KOTA BHARU, 12 MEI 2023 – Ketua Setiausaha (KSU) KPKT Datuk M...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

20 Juta Kampit Simen Rahmah bantu Kurangkan Beban Kos Harga Rumah

KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)...