Ekonomi @ My LNA

ATIGA dilancarkan

245

17 Mac 2022 – Sesi Pemukiman Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Ministers Retreat – AEMR) ke-28 telah berjaya diadakan secara persidangan video pada 16 Mac 2022. Antara perkara utama yang telah disepakati Menteri-menteri Ekonomi ASEAN semasa pemukiman tersebut adalah pelancaran Rundingan Penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ASEAN Trade in Goods Agreement – ATIGA) yang bertujuan untuk mengukuhkan perdagangan serantau serta menjadikan ASEAN lebih bersepadu, berdaya tahan dan berdaya saing.

“Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan iltizam Malaysia untuk terlibat secara aktif dalam proses menaik taraf Perjanjian tersebut bagi mencapai penyelesaian awal rundingan.

Menteri Kanan turut menekankan kepentingan libat urus yang holistik dan inklusif di antara sektor swasta-awam ketika rundingan bagi memastikan semua isu yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan dapat ditangani dan diselesaikan.” kata MITI di dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah MITI, para Menteri Ekonomi ASEAN telah memperaku beberapa elemen penting Keberhasilan Utama Ekonomi (Priority Economic Deliverables – PEDs) bagi Rancangan Kerja Ekonomi Serantau tahun 2022 seperti yang dicadangkan oleh Kemboja selaku Pengerusi ASEAN. Turut dipersetujui adalah melanjutkan tempoh Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Pelaksanaan Halangan Bukan Tarif ke atas Barangan Keperluan sehingga tahun 2024 dan memperluas senarai barangan keperluan semasa di samping menitikberat akan kepentingan menjalankan kajian secara mendalam terhadap impak aliran perdagangan barangan keperluan.

“Demi memulih ekonomi dan memulihara perdagangan serantau, para Menteri sebulat suara menyatakan komitmen ke arah melaksanakan PED yang utama iaitu melalui Penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN – Australia – New Zealand (ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Area – AANZFTA), Rangka Kerja untuk Mempromosi Pertumbuhan Ekosistem Permulaan Digital dan Kit Dasar mengenai Perusahaan Kecil, Sederhana Mikro (Micro Small and Medium Enterprises – MSMEs) bagi Wanita.

Dato’ Seri Azmin turut menegaskan peri penting peranan wanita di dalam pembangunan ekonomi di rantau ini yang mana potensi sumbangan wanita masih belum diterokai sepenuhnya dan menyeru pemerkasaan ekonomi serta keterangkuman wanita yang lebih ketara dalam penglibatan bidang komersial dan perniagaan.” kata MITI.

Katanya lagi, Dato’ Seri Azmin menekankan bahawa berkuat kuasa 1 April 2022, Malaysia akan memasuki fasa ‘peralihan kepada endemik’ sebagai strategi untuk keluar daripada fasa pandemik. Untuk memangkin peralihan ini, Malaysia akan membuka sempadan antarabangsanya kepada pelawat yang telah lengkap vaksinasi. Golongan ini tidak lagi tertakluk kepada syarat kuarantin, tetapi hanya perlu menjalani ujian sebelum memulakan perjalanan dan selepas ketibaan.

“Berpandukan Kajian Separuh Penggal (Mid Term Review – MTR) Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community – AEC) 2025, Malaysia memaklumkan kerjasamanya dengan Singapura melalui penubuhan Jawatankuasa Teknikal mengenai Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau bagi peningkatan pemuafakatan dalam aspek pemudahcaraan perdagangan, teknologi kewangan, identiti digital, kebolehpercayaan pengguna dan ekonomi kitaran.

Malaysia sebagai negara penyelaras bagi hubungan ekonomi ASEAN-India, telah menyatakan penghargaan terhadap komitmen India berhubung Kajian Semula Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (ASEAN India Trade in Goods Agreement – AITIGA). Dato’ Seri Azmin juga menggesa semua Negara Anggota ASEAN untuk mempercepat proses domestik bagi mendapatkan kelulusan Kertas Skop sebelum melancarkan rundingan Kajian Semula AITIGA semasa Sesi Rundingan Khas AEM-India.”tambah MITI.

Menteri-menteri Ekonomi ASEAN turut mengadakan sesi libat urus bersama Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-Bussiness Advisory Council – ASEAN-BAC) dengan memberi tumpuan utama kepada keperluan memulihkan sektor pelancongan dan penerbangan, membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME), dan mendepani ekonomi digital.

“Penubuhan Kumpulan Kerja Ekonomi Hijau dan Mampan (Green and Sustainable Economy Working Group – GSE-WG) oleh ASEAN-BAC adalah langkah yang tepat dalam menerajui agenda kemampanan serantau.

Dalam hal ini, Malaysia telah mengutarakan idea mengenai Neutraliti Karbon semasa Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi pada September lepas yang mana perkara ini berada di bawah bidang kuasa Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi (High Level Task Force-Economic Integration – HLTF-EI). Justeru, Sekretariat ASEAN dan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (Economic Research Institute for ASEAN and East Asia – ERIA) sedang memuktamadkan Nota Konsep yang berkaitan.” kata MITI.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...