Pelancongan @ My LNA

Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) semarakkan semula industri pelancongan

189

16 MAC 2022 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri memaklumkan bahawa Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) yang berjumlah RM50 juta adalah untuk menyemarakkan dan merancakkan semula sektor pelancongan dan kebudayaan yang terjejas teruk susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2 tahun yang lalu.

Katanya lagi dalam satu kenyataan semalam, pada masa yang sama, ia dapat membantu para pemain industri yang berkaitan terus berdaya saing bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi serta dapat merangsang ekosistem kesenian dan kebudayaan negara untuk aktif semula, selain memartabatkan kembali Malaysia sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau Asia.

Bagi Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) ia memberi fokus ke atas penganjuran program/acara Domestik dan Antarabangsa apabila pintu sempadan dibuka semula. Mekanisme pelaksanaan adalah seperti berikut:

  • Domestik – siling maksimum sehingga RM500,000.00
  • Antarabangsa – siling maksimum sehingga RM1,000,000.00
  • Penganjur dibenarkan memohon lebih dari satu (1) penganjuran program/acara pada tahun semasa (2022), tetapi setiap permohonan perlu mempunyai konsep dan pengisian yang berbeza.

Tempoh pelaksanaan program / acara yang diluluskan adalah sehingga 31 Disember 2022 dan sebarang pelanjutan tempoh pelaksanaan selepas tarikh tersebut adalah tidak dibenarkan.

Manakala bagi Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) pula ia memberi fokus ke atas penganjuran seni dan budaya yang berimpak tinggi dan mekanisme pelaksanaan adalah seperti berikut:

Siling Peruntukan

  • Jumlah peruntukan maksimum Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) yang boleh dipertimbangkan adalah sebanyak RM500,000 sahaja bagi satu (1) penganjuran program dan acara sahaja dalam tahun 2022 dalam negara.
  • Penganjur dibenarkan memohon lebih dari satu (1) penganjuran program/ acara pada tahun semasa (2022), tetapi setiap permohonan perlu mempunyai konsep dan pengisian yang berbeza.
  • Maksimum sehingga 90% daripada kos anggaran perbelanjaan keseluruhan.
  • Syarikat – Maksimum sehingga 80% daripada kos anggaran perbelanjaan keseluruhan.

Kadar Penyaluran – Penyaluran pertama/deposit sehingga 80% daripada jumlah kelulusan sebelum sesuatu program/acara bermula, manakala baki akan disalurkan selepas MOTAC menerima dokumen-dokumen lengkap daripada pemohon.

Tempoh Permohonan dan Pelaksanaan Program/Acara

  • Tarikh akhir penerimaan permohonan beserta kertas cadangan dan tempoh pemprosesan adalah 60 hari sebelum pelaksanaan program/ acara.

Tempoh pelaksanaan program / acara yang diluluskan adalah sehingga 31 Oktober 2022 dan sebarang pelanjutan tempoh pelaksanaan selepas tarikh tersebut adalah tidak dibenarkan.

Permohonan untuk Geran Padanan Pelancongan, Seni & Budaya (GPPSB) yang merangkumi Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) boleh dikemukakan bermula pada 1 April 2022 dan sebarang info lanjut boleh layari laman web www.tourism.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles