Home AM Sebanyak 313,014 permohonan pekerja warga asing telah diterima setakat 16 Mac 2022
AMEkonomi

Sebanyak 313,014 permohonan pekerja warga asing telah diterima setakat 16 Mac 2022

17 MAC 2022 – Sehingga 16 Mac 2022, sebanyak 313,014 permohonan pekerja warga asing telah diterima membabitkan sektor perkilangan (193,346), perkhidmatan (48,119), perladangan (36,950), pembinaan (27,331), pertanian (7,248) dan perlombongan & pengkuarian (20).

Dalam satu kenyataan media hari ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata bahawa permohonan yang diterima itu telah diproses secara berperingkat dan kelulusan bagi permohonan tersebut telah mula diberikan.

“Ada juga majikan yang menghadiri temuduga tapi gagal disebabkan oleh dokumen yang tidak lengkap seperti gagal mengemukakan dokumen asal dan tiada penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja bagi lokasi cawangan yang dimohon.

Oleh itu, saya sekali lagi mengingatkan para majikan agar mengemukakan permohonan lengkap bagi mengelakkan daripada kegagalan semasa proses temuduga. Pihak majikan boleh menggunakan khidmat Agensi Pekerjaan Swasta (APS), namun perlu dengan pengetahuan dan kebenaran majikan itu sendiri.” katanya.

Beliau turut menyarankan agar pihak majikan menggunakan khidmat APS yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 yang sehingga kini berjumlah 501 APS berlesen bagi kategori C.

“Mana-mana APS yang didapati menyalahguna atau terlibat dengan salah laku dalam permohonan pekerja asing ini boleh diadu ke Jabatan Tenaga Kerja di talian 03-8886 5192.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

EkonomiMY LNAPendapat

Subsidi bersasar: Jangan seperti enau dalam belukar

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Topik atau isu berkaitan subsidi bersasar,...