21 Februari 2022 – PEJUANG Muda menyifatkan tindakan Lee Zii Jia menarik diri daripada Persekutuan Badminton Malaysia (BAM) menunjukkan satu tindakan yang tepat apabila prestasi permainan yang ditunjukkan itu bertambah baik.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Exco Sukan PEJUANG Muda Malaysia, Ahmad Nur Aliff berkata PEJUANG Muda mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat ketetapan baru terhadap peraturan dan standard buat semua persatuan-persatuan sukan dalam negara ini supaya tidak menyekat mana-mana atlet untuk terus bermain di lapangan professional.
“Pihak-pihak yang terlibat tidak sepatutnya menyekat mana-mana atlet yang mempunyai bakat serta tekad untuk terus melonjakkan diri ke tahap yang professional dengan pelbagai karenah birokrasi yang merugikan bakat para atlet negara kita.
Justeru, dengan kesempatan ini PEJUANG Muda mencadangkan supaya kerajaan mengkaji dan menggubal semula Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya ianya dapat diselaraskan dengan peredaran masa kini dan khususnya dapat membela nasib para atlet negara kita dengan sebaiknya.” katanya.
Tambah beliau, PEJUANG Muda juga menggesa Menteri Belia dan Sukan supaya lebih peka dan serius dalam mengurus dan membangunkan sektor sukan negara serta membela nasib para atlet negara kita kearah yang lebih progresif.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment