21 Februari 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 20 Februari 2022 adalah seperti berikut :
• Kes sembuh: 18,459 kes [2,937,655 kes kumulatif (91.2%)];
• Kes baharu : 26,832kes (3,221,680 kes kumulatif);
• Kes import : 68 kes [28 warganegara (41.2%); 40 bukan warganegara (58.8%)];
• Kes tempatan : 26,764 kes [26,054 warganegara (97.3%); 710 bukan warganegara (2.7%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 261 kes (98 kes disahkan COVID-19; 163 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 139 kes (61 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
Dalam kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa daripada 26,832 kes harian yang dilaporkan pada 20 Februari 2022, 133 kes (0.50 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 26,699 kes (99.50 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes adalah seperti berikut :
- Kategori 1 : 8,469 kes (31.56%)
- Kategori 2 : 18,230 kes (67.94%);
- Kategori 3 : 66 kes (0.25%);
- Kategori 4 : 38 kes (0.14%); dan
- Kategori 5 : 29 kes (0.11%).
Daripada 133 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 20 Februari 2022:
· 29 kes (21.80%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
· 75 kes (56.39%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19;
· 29 kes (21.80%) telah menerima dos penggalak;
· 62 kes (46.62%) berumur 60 tahun dan ke atas;
· 47 kes (35.34%) mempunyai komorbid; dan
· 6 kes (4.51%) ibu mengandung.
- Lek Hang Group Announces Highly Anticipated Soft Opening of Hotel Central
- BingX Introduces $REZ Spot Trading Amid Growing Popularity of Ethereum Restaking Ecosystem
- NTTDATA earns the Best Place to Work certification in USA for 2024
- ITTF Men’s and Women’s World Cup Macao 2024 Presented by Galaxy Entertainment Group Successfully Concluded with Diversified Extended Activities to Enhance the Atmosphere of “City of Sports”
- FTLife Pre-Announces Name Change to Chow Tai Fook Life Insurance Company Limited
Leave a comment