KUALA LUMPUR, 8 Februari 2022 – Peralihan ke fasa endemik sudah dimuktamadkan dan akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 (JKKPP). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang medianya menjelaskan keputusan tarikh peralihan itu akan ditentukan oleh jawatankuasa terbabit yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selain dianggotai pembangkang dan pakar berkaitan.
Beberapa perkara berhubung peralihan endemik, termasuk jaminan tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara meskipun kes harian merekodkan peningkatan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19. “Perancangan endemik sudah selesai, namun keputusan untuk tentukan bila fasa ini dilaksana bergantung kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).
“Saya tahu banyak pihak mula bimbang susulan Omicon yang menyaksikan kes harian sedang meningkat, tetapi saya nak nyatakan kita tak boleh berganjak daripada melangkah ke fasa seterusnya. “Maknanya, PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) hanya akan dibuat susulan kemungkinan peningkatan di lokaliti tertentu, tetapi PKP seluruh negara tak mungkin kita akan laksanakan kembali,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.
Hishammuddin berkata, dua perkara yang seandainya berlaku pada masa depan berupaya mengubah pendirian kerajaan berhubung peralihan ke fasa endemik.”Setakat ini, saya dimaklumkan tadi jumlah kes harian yang meningkat ini tak jejaskan katil unit rawatan rapi (ICU) di hospital, justeru keadaan masih terkawal. “Sekiranya berubah, kita kena fikir balik pendekatan semasa. Kedua, rakyat kena tahu tujuh perkara asas yang perlu difahami dalam peralihan ke endemik. “Tujuh tonggak ini meliputi pematuhan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) umum dan sembilan garis panduan, selain penerapan Sistem Amaran dan Tindakan (HAS).”Strategi Saringan Kebangsaan; TRIIS (uji, lapor, pengasingan, maklumkan, dapatkan); Automatasi FTTIS (cari, uji, jejak, asing dan sokongan); pembukaan sempadan negara secara berperingkat serta duta pemerkasaan komuniti,” katanya.
Bagi memastikan risiko peralihan sedemikian tidak berlaku, orang ramai wajar menyelami erti endemik dan tujuh tonggak yang digariskan kerajaan, selain mengamalkan disiplin kendiri demi mengekang penularan jangkitan.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment