Pelancongan @ My LNA

Perbincangan memulihkan industri pelancongan dan kebudayaan – Nancy

80

Kuala Lumpur, 8 Februari 2022 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Tajikistan, Tuan Ardasher Saaedjaafar Qodiri.  Pertemuan itu membincangkan kerjasama kedua-dua negara dalam memulihkan semula industri pelancongan dan kebudayaan.

Dalam pada itu Nancy turut berkongsi tentang Projek Rintis Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) yang dilaksanakan selama 3 bulan yang dimulakan pada 15 November 2021 sebelum diangkat untuk penilaian sewajarnya oleh Majlis Keselamatan Negara dan untuk dipertimbangkan samada SOP LITB boleh dilaksanakan di destinasi-destinasi pelancongan lain yang berpotensi serta memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Beliau juga menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Azerbaijan, Tuan Irfan Davudov. Dalam pertemuan itu juga perbincangan tertumpu kepada usahasama kedua-dua negara dalam sektor kebudayaan.

Peranan MOTAC untuk mengangkat sektor kesenian, kebudayaan dan warisan sebagai elemen penting untuk menarik pelancong luar supaya datang ke melancong ke Malaysia. Ia dilakukan menerusi usaha melindungi, memelihara dan mempromosikan warisan budaya. Azerbaijan adalah antara negara yang menyokong pencalonan Songket di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity UNESCO.

Nancy berharap Republik Azerbaijan dapat terus menyokong Malaysia dalam pencalonan sebagai ahli Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage UNESCO bagi tempoh 2022 – 2026.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

MOTAC adakan kolaborasi dan libat urus, perkasakan pelancongan di Semporna

5 Mac 2024 – Semporna merupakan pilihan pelancong domestik dan antarabangsa terutamanya...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Spritzer EcoPark Memeriahkan Tahun Baru Cina dengan Sambutan Musim Bunga yang Mempesonakan

KUALA LUMPUR/TAIPING, 8 FEBRUARI 2024 – Spritzer EcoPark sangat teruja untuk sambutan besar-besaran dengan...