AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Insurans perniagaan wajib dimiliki oleh usahawan TEKUN – Noh Omar

149

KUALA LUMPUR, 6 Februari 2022 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Tan Sri Noh Omar memberitahu bahawa Usahawan Mikro di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) akan diwajibkan memiliki skim insurans perniagaan bagi melindungi mereka dari sebarang risiko yang di luar jangka.

Sebenarnya skim ini telah diperkenalkan kepada usahawan-usahawan TEKUN sebelum ini dengan diberi pilihan untuk memiliki atau pun tidak memiliki insurans. Menurut Noh, sekarang ini semua usahawan wajib memiliki insurans perniagaan demi untuk melindungi apa jua risiko yang datang semasa bencana alam.

Noh berkata, bagi pihak mikro yang di bawah TEKUN sebagai contoh, kita ada satu skim dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di mana  bila kita beli Perkeso ini, bayaranya RM13.00 dan TEKUN akan uruskan dengan usahawan-usahawan tersebut.

Bercakap kepada media selepas merasmikan bangunan pentadbiran syarikat insurans Prestige Legacy di Wangsa Maju. Dalam pada itu Noh mahu syarikat insurans memperluaskan skim perlindungan insurans mereka kepada sektor perniagaan kerana buat masa ini tiada lagi syarikat insurans memasukkan perihal bencana alam dalam perlindungan insurans mereka kecuali bagi kenderaan sahaja.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...