KUALA LUMPUR, 6 Februari 2022 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Tan Sri Noh Omar memberitahu bahawa Usahawan Mikro di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) akan diwajibkan memiliki skim insurans perniagaan bagi melindungi mereka dari sebarang risiko yang di luar jangka.
Sebenarnya skim ini telah diperkenalkan kepada usahawan-usahawan TEKUN sebelum ini dengan diberi pilihan untuk memiliki atau pun tidak memiliki insurans. Menurut Noh, sekarang ini semua usahawan wajib memiliki insurans perniagaan demi untuk melindungi apa jua risiko yang datang semasa bencana alam.
Noh berkata, bagi pihak mikro yang di bawah TEKUN sebagai contoh, kita ada satu skim dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di mana bila kita beli Perkeso ini, bayaranya RM13.00 dan TEKUN akan uruskan dengan usahawan-usahawan tersebut.
Bercakap kepada media selepas merasmikan bangunan pentadbiran syarikat insurans Prestige Legacy di Wangsa Maju. Dalam pada itu Noh mahu syarikat insurans memperluaskan skim perlindungan insurans mereka kepada sektor perniagaan kerana buat masa ini tiada lagi syarikat insurans memasukkan perihal bencana alam dalam perlindungan insurans mereka kecuali bagi kenderaan sahaja.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang