Home AM Mesej tular sindiket penculikan kanak-kanak adalah palsu
AM

Mesej tular sindiket penculikan kanak-kanak adalah palsu

7 Februari 2022 – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kes penculikan dan penjualan organ manusia seperti yang tular di platform media sosial baru-baru ini yang memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar berwaspada berhubung satu (1) sindiket penculikan yang mensasarkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun bagi mendapatkan organ-organ tertentu untuk dijual.

“Sindiket penculikan tersebut didakwa menggunakan sebuah kereta proton wira dan sebuah van berwarna putih.

Mesej tersebut juga menyenaraikan harga bagi organ-organ yang dijual seperti jantung, hati, paru-paru, buah pinggang dan mata serta mendakwa amaran yang dikeluarkan adalah daripada pihak “Gerakan IPK Bukit Aman

PDRM mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kes penculikan dan penjualan organ manusia seperti yang didakwa.” jelas PDRM dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah PDRM, semakan mendapati mesej palsu tersebut telah tular sejak tahun 2016 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial. Katanya lagi, tiada sebarang amaran sedemikian pernah dikeluarkan oleh pihak Bukit Aman.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...