PUTRAJAYA, 21 Jan – Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional, TVET di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, perlu meningkatkan lagi kerjasama dengan pihak industri bagi membolehkan pelajarnya mendapat pendidikan serta latihan yang relevan dengan keperluan semasa.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kepakaran yang dimiliki pemain industri amat membantu dalam membimbing pelajar TVET mencapai tahap kemahiran yang diperlukan.
“Kita tidak mahu sesebuah institusi pengajian TVET KPLB hanya ada ramai pelajar tetapi bila tamat pengajian, mereka tidak dapat kerja.
Apabila ada kerjasama demgan pemain industri, sudah tentu tenaga pakar akan bimbing pelajar untuk tingkatkan kemahiran sejajar dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi.”
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) (Diperbaharui) antara Institut Kemahiran Tinggi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda-Tech) dan Perodua Sales Sdn Bhd, di sini hari ini.
Perda-Tech dan Perodua Sales telah menjalinkan kerjasama dalam bidang latihan automotif sejak tahun 2016 bagi membolehkan pelajar dan tenaga pengajar mendapat bimbingan dalam bidang automotif daripada tenaga profesional.
Jelas Mahdzir, kerjasama antara Perda-Tech dan Perodua Sales adalah satu sebagai langkah yang tepat.
Kerjasama seumpama itu katanya, perlu diteruskan bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan institusi terbabit untuk berkhidmat di syarikat perusahaan automobil kedua negara.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment