AMLuar Bandar @ My LNA

KPLB TERIMA LAPORAN 356 KEROSAKAN JALAN PERHUBUNGAN DESA AKIBAT BENCANA BANJIR

77

PORT DICKSON 21 JANUARI 2022 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar , KPLB, menerima laporan kerosakan Jalan Perhubungan Desa (JPD) dengan kos pembaikan lebih RM37 juta akibat bencana banjir bulan lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPLB juga menerima laporan kerosakan Ameniti Sosial bernilai RM35 juta untuk kerja-kerja pembaikan.

“Setakat 9 Januari lepas, sebanyak 356 permohonan JPD diterima bagi kerja bina baharu, naik taraf serta membaik pulih kemudahan dan infrastruktur.

Manakala 394 permohonan Program Ameniti Sosial (PAMS) iaitu termasuk di kawasan perkampungan orang asli yang dilanda banjir baru-baru ini.”

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas (BPBKA) kepada mangsa banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung, Parlimen Port Dickson di Dewan Majestic, Port Dickson hari ini.

Menurut Mahdzir, jumlah kerosakan dan kos pembaikan tersebut dinilai setakat 9 Januari lalu dan dijangka meningkat sebaik penilaian menyeluruh siap dilaksanakan di seluruh negeri yang terkesan dengan bencana banjir bulan lalu itu.

Kerja-kerja baik pulih katanya, akan dilaksanakan dan dijangka siap dalam tempoh empat hingga enam bulan.

KPLB sebelum ini menyediakan peruntukan khas berjumlah RM150 juta bagi pembaikan dan pemulihan pasca bencana banjir.

Ia membabitkan RM50 juta bagi membaik pulih dan bina baharu rumah di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Manakala bagi pembaikan JPD dan PAMS masing-masing diperuntukan sebanyak RM50 juta.

Terdahulu Mahdzir menyampaikan bantuan tunai RM2,500 kepada 300 mangsa banjir di kawasan tersebut menerusi bantuan BPBKA dibawah kendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Katanya secara keseluruhan kerajaan Persekutuan menerusi BPBKA memperuntukkan RM15.1 juta manakala RM4.63 juta melalui Bantuan Wang Ihsan berjumlah RM1,000 untuk mangsa banjir di negeri ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...